Bombing @ Bukit Bintang

9:41 PM

Awat hampa taktau ka??? Bukin bintang kena bomb HARINI (Thursday, 9th Oct 2014).
Aq mula2 baca punya la tekejut~ awat tengah perang ke Malaysia ni?? huhuhuu~

Baca punya baca.. rupenyer pergaduhan kumpulan gengster punca letupan di Bukit Bintang.. Haihh.. bahaya dah Malaysia Skrg.. org lain sebuk perang dunia.. kita perang Rakyat.. manusia2 yang tak berfikiran waras.. cenggini lah.. belambak dah gangster2 malaya lagi2 kat Keyell~ Takuttt weyyhh.. tak bebas dh skrg nk outing mana2..

meh copy paste skit berita dr KLP~

Bzd4RoeCMAAI84m

KUALA LUMPUR - Pergaduhan melibatkan kumpulan gengster dipercayai sebagai punca insiden letupan di Kompleks Sun di Jalan Bukit Bintang pada Khamis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kumpulan gengster mungkin menjadi punca kejadian letupan, yang dipercayai menggunakan bom tangan, tetapi polis sedang menyiasat kes itu dari semua sudut. Seorang joki kereta cedera parah dalam letupan itu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Kuala Lumpur (HKL). 

Sekurang-kurangnya 13 yang lain cedera dan dimasukkan ke HKL dan Hospital Tung Shin. Khairi berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam pada kira-kira pukul 4.25 pagi. “Ketika kejadian, sebahagian mangsa mahu menaiki sebuah kereta Toyota Vellfire apabila satu bahan letupan jatuh ke arah mereka dari tingkat dua bangunan itu. “Mangsa-mangsa merupakan pelanggan pub dan penghuni di hotel-hotel berdekatan. “Sebuah kereta Toyota Camry, Mazda dan BMW turut rosak dalam letupan itu,” tambahnya. Kes itu diklasifikasikan sebagai cubaan untuk membunuh di bawah Akta Senjata Api, lapor mStar.

bomb3.transformed


Fourteen people were injured early this morning when a bomb exploded in front of a pub along Jalan Bukit Bintang in the heart of the city. According to police sources, a car jockey was seriously injured and is currently in critical condition.
“Police received a complaint at 4.25am and sent a dispatch to the scene to ascertain the damage. “Initial reports indicate that a bomb had been thrown from the second floor of a building.”
The injured, 12 men and two women, aged between 20 and 42, were sent to Kuala Lumpur Hospital and Tung Shin Hospital. “The injured included nationals from Thailand, China and Singapore. Some of them were pub patrons,” said one of the sources. “Initial investigations reveal that two hand grenades were thrown but only one exploded.
“Shrapnel from the hand grenade caused injuries to passers-by,” the source added. Four vehicles were damaged in the blast – a Toyota Vellfire, Toyota Camry, Mazda and BMW. Police found the second hand grenade, which failed to explode, under the Toyota Camry.
“We believe this is linked to an underworld tussle.” A police forensic team is at the scene, combing the area for clues and interviewing witnesses, reports TMI.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images